"Berubatlah wahai
hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu
penyakit kecuali menciptakan ubat baginya... diketahui oleh yang
mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya." (Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)
Kifayah dari segi bahasa bermaksud
'mencukupi' dan
'memadai'. Dari segi
istilah ia membawa maksud kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh
umat Islam dengan tujuan untuk menegakkan agama Islam seperti menuntut
ilmu al-Quran, ilmu Hadith, menyempurnakan jenazah dan mengajak kepada
amar ma’ruf nahi mungkar.
Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan
fardhu kifayah itu
dituntut atau dikenakan ke atas
semua orang Islam yang mukallaf.
Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka
terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat Islam.
Menurut
Ibn Khaldun manusia tidak dapat hidup sendirian sebaliknya memerlukan
kepada satu organisasi kemasyarakatan di mana mereka dapat bekerjasama
dalam menjalani kehidupan. Sebagai contoh, manusia memerlukan makanan
untuk hidup dan makanan tersebut tidak dapat dihasilkan tanpa melalui
beberapa proses yang melibatkan pengemblengan tenaga kerja sesama
manusia dan alat-alat tertentu. Oleh yang demikian memiliki kemahiran di
dalam hal tersebut bagi memenuhi keperluan masyarakat juga termasuk
dalam tuntutan fardhu kifayah.
Pengetahuan terhadap prinsip halal
dan haram adalah wajib bagi setiap Muslim kerana dengan itu dia akan
mengetahui perkara yang menjadi fardhu ain yang menjadi fardhu kifayah.
'Janganlah merasa pelik daripada kata-kata kami bahawa ilmu perubatan
dan ilmu perakaunan adalah termasuk dalam fardhu kifayah. Sesungguhnya
ilmu tentang prinsip-prinsip perindustrian juga adalah termasuk fardhu
kifayah seperti ilmu perladangan, tekstil dan pengurusan.
Bahkan ilmu
bekam dan menjahit juga adalah ilmu fardhu kifayah. Sekiranya suatu
negeri tidak mempunyai tukang bekam, maka akan cepatlah kehancuran
negeri tersebut dan mereka akan menghadapi kesusahan kerana mereka akan
berhadapan dengan kehancuran. Sesungguhnya Tuhan yang menurunkan
penyakit juga telah menurunkan ubatnya, menunjukkan cara penggunaan ubat
tersebut dan menyediakan jalan-jalan untuk memperolihi ubat tersebut.
Oleh itu tidak boleh menyerahkan diri kepada kerosakan dengan mengaibkan
ilmu tersebut.'
'Manakala ilmu yang dianggap sebagai suatu
kelebihan dan bukan kefarduhan adalah seperti mendalami perkara-perkara
yang amat halus lagi rumit tentang ilmu matematik, hakikat-hakikat
perubatan dan sebagainya yang tidak terlalu diperlukan. Tetapi ia
memberi faedah untuk menambahkan kekuatan daripada kadar yang
diperlukan.
'Ilmu yang dibenci ialah seperti ilmu sihir, ilmu hitam dan ilmu guna-guna.