Rabu, 14 November 2018

KURSUS BEKAM WANITA NOVEMBER & DECEMBER

Kursus asas bekam wanita untuk bulan November & December di buka untuk pendaftaran. Tempat adalah terhad. Maksima 4 peserta sahaja.

TARIKH : 24 NOVEMBER 2018 & 8 DECEMBER 2018 (SABTU)
WAKTU : 10 PAGI - 5 PETANG
YURAN : RM350
SET BEKAM : RM150 (24 CUP, PEN BEKAM, JARUM BEKAM)
WAKTU : 10 pagi - 5 petang

TEMPAT : THIBBUN NABAWI HEALING CENTRE, 
SETAPAK KUALA LUMPUR.


Untuk pertanyaan lanjut boleh whatsapp terus ke 016-2212499

wasap.my/60162212499/kursusbekamnovdec




Sabtu, 18 Ogos 2018

KURSUS BEKAM PERSONAL COACHING UNTUK WANITA

Bagi yang berminat nak belajar bekam secara personal coaching sila wasap terus ke 016-2212499. Sila nyatakan nama anda dan dari mana? Yuran kursus bekam personal coaching ialah RM500 termasuk set bekam 24 cup, pen bekam auto, jarum bekam 50pc dan nota titik-titik bekam. Sijil akan di berikan selepas tamat praktikal.

Di antara peserta kursus bekam personal coaching 2018.










BANGSA CINA PUN BELAJAR BEKAM

Ms Liena sedang praktikal
 Alhamdulillah....minggu lepas 2 orang peserta perempuan bangsa Cina dari Sarawak dan Kalimantan datang ke TNHC untuk mempelajari cara rawatan bekam darah ni. Mereka mula percaya bekam darah sangat bagus untuk buang toksid dalam badan, kerana kebiasaannya kaum cina hanya buat bekam angin atau bekam api saja atau perawatan lain seperti akupuntur, moxxa dan guasa. Mereka adalah orang yang kedua dan ketiga non muslim yang datang ke TNHC untuk mendalami ilmu bekam, di rekemenkan oleh seorang Doktor TCM iaitu Dr. Roger dari Kuching Sarawak yang dulu pernah datang ke TNHC untuk kursus bekam pada tahun 2014.
Ms Aireen sudah sedia nak praktikal
 Mereka bukan saja belajar perawatan bekam sunnah tapi juga di sambung keesokan harinya untuk belajar rawatan Gurah Resdung pula... kalau TNHC ada buat kursus urut atau lain2 maka mereka tetap nak sambung kursus lagi. Tapi buat masa ni hanya 2 kursus sahaja yang TNHC kendalikan. Terima kasih Ms Aireen dan Ms Lienna sudi datang dari jauh ke TNHC yang terceruk kat celah-celah flat dalam KL ni...
Ms Aireen sedang praktikal
seronok dapat sijil...katanya sijil ni cantik sangat
dengan board ni pun dema nak bergambar

sihat dengan bekam
Kepada kaum wanita, suri-suri rumah yang nak mempelajari teknik bekam yang betul dan professional boleh hubungi terus ke wassap 016-2212499 untuk maklumat lanjut.


Jika nak bertanya tu bagilah salam dulu, kenalkan diri dan dari mana? Kalau tetiba mesej macam gengstar tak bagi salam terus nak tanya kursus bila? yuran berapa? maaflah kalau admin tak melayan mesej2 yang kurang adab macam tu yer...jawapanya krik krik krik... nak menuntut ilmu ni semua ada adab. Seperti peserta cina di atas dari awal perbualan mesej mesti dia bagi salam sejahtera, selamat pagi / petang... terus bagitau nama dan datang dari mana... menyatakan hajat kenapa mereka nak belajar bekam tanpa perlu admin tanya macam polis sentri... doa Admin semoga Allah membukakan pintu hidayah buat mereka.

**video kursus pada tahun 2012-2014... video baru takdan buat sebab dah lupa cara nak buat video.