Bagi yang berminat nak belajar bekam secara personal coaching sila wasap terus ke 016-2212499. Sila nyatakan nama anda dan dari mana? Yuran kursus bekam personal coaching ialah RM500 termasuk set bekam 24 cup, pen bekam auto, jarum bekam 50pc dan nota titik-titik bekam. Sijil akan di berikan selepas tamat praktikal.
Di antara peserta kursus bekam personal coaching 2018.
Sabtu, 18 Ogos 2018
BANGSA CINA PUN BELAJAR BEKAM
![]() |
Ms Liena sedang praktikal |
![]() |
Ms Aireen sudah sedia nak praktikal |
![]() |
Ms Aireen sedang praktikal |
![]() |
seronok dapat sijil...katanya sijil ni cantik sangat |
![]() |
dengan board ni pun dema nak bergambar |
![]() |
sihat dengan bekam |
Jika nak bertanya tu bagilah salam dulu, kenalkan diri dan dari mana? Kalau tetiba mesej macam gengstar tak bagi salam terus nak tanya kursus bila? yuran berapa? maaflah kalau admin tak melayan mesej2 yang kurang adab macam tu yer...jawapanya krik krik krik... nak menuntut ilmu ni semua ada adab. Seperti peserta cina di atas dari awal perbualan mesej mesti dia bagi salam sejahtera, selamat pagi / petang... terus bagitau nama dan datang dari mana... menyatakan hajat kenapa mereka nak belajar bekam tanpa perlu admin tanya macam polis sentri... doa Admin semoga Allah membukakan pintu hidayah buat mereka.
Jumaat, 7 April 2017
KURSUS ASAS BEKAM WANITA
KURSUS BEKAM PERSONAL COACHING
Bagi anda yang ingin belajar bekam sehingga mahir dan berani bekam, tetapi tidak dapat mengikuti tarikh2 kursus yang disediakan, maka solusi yang lain anda boleh memilih kursus bekam personal coaching bersama saya khusus untuk wanita sahaja...kursus ini teori dan praktikal sekali selama 1 hari penuh.
YURAN : RM500 / 1 hari (termasuk alat bekam 24 cup,pen bekam dan jarum)
WAKTU : 10 pagi - 5 petang
TARIKH : Pilihan anda sendiri
HARI : Isnin @ Selasa @ Khamis
TEMPAT : THIBBUN NABAWI HEALING CENTRE,
SETAPAK KUALA LUMPUR.
Untuk pertanyaan lanjut boleh whatsapp terus ke 016-2212499
![]() |
Peserta bangsa Cina dari Sarawak praktikal bekam. |
Antara pengisian dalam kursus :
1) Hadith tentang Bekam
2) Waktu, Tarikh dan Hari yang afdhal untuk berbekam
3) Pantang Larang Sebelum dan Selepas Bekam
4) Persediaan Sebelum Membekam atau Di Bekam
5) SOP Bekam
6) Mengenali Titik Bekam Sunnah, Titik Organ dan Titik Keluhan
7) Pengurusan Alat Bekam
Rabu, 12 Disember 2012
ILMU BEKAM JUGA FARDHU KIFAYAH
"Berubatlah wahai hamba-hamba Allah SWT, sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu penyakit kecuali menciptakan ubat baginya... diketahui oleh yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh yang tidak mengetahuinya." (Disahihkan oleh Ibnu Hibban dan Hakim)
Kifayah dari segi bahasa bermaksud 'mencukupi' dan 'memadai'. Dari segi istilah ia membawa maksud kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh umat Islam dengan tujuan untuk menegakkan agama Islam seperti menuntut ilmu al-Quran, ilmu Hadith, menyempurnakan jenazah dan mengajak kepada amar ma’ruf nahi mungkar.
Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat Islam.
Menurut Ibn Khaldun manusia tidak dapat hidup sendirian sebaliknya memerlukan kepada satu organisasi kemasyarakatan di mana mereka dapat bekerjasama dalam menjalani kehidupan. Sebagai contoh, manusia memerlukan makanan untuk hidup dan makanan tersebut tidak dapat dihasilkan tanpa melalui beberapa proses yang melibatkan pengemblengan tenaga kerja sesama manusia dan alat-alat tertentu. Oleh yang demikian memiliki kemahiran di dalam hal tersebut bagi memenuhi keperluan masyarakat juga termasuk dalam tuntutan fardhu kifayah.
Pengetahuan terhadap prinsip halal dan haram adalah wajib bagi setiap Muslim kerana dengan itu dia akan mengetahui perkara yang menjadi fardhu ain yang menjadi fardhu kifayah.
'Janganlah merasa pelik daripada kata-kata kami bahawa ilmu perubatan dan ilmu perakaunan adalah termasuk dalam fardhu kifayah. Sesungguhnya ilmu tentang prinsip-prinsip perindustrian juga adalah termasuk fardhu kifayah seperti ilmu perladangan, tekstil dan pengurusan. Bahkan ilmu bekam dan menjahit juga adalah ilmu fardhu kifayah. Sekiranya suatu negeri tidak mempunyai tukang bekam, maka akan cepatlah kehancuran negeri tersebut dan mereka akan menghadapi kesusahan kerana mereka akan berhadapan dengan kehancuran. Sesungguhnya Tuhan yang menurunkan penyakit juga telah menurunkan ubatnya, menunjukkan cara penggunaan ubat tersebut dan menyediakan jalan-jalan untuk memperolihi ubat tersebut. Oleh itu tidak boleh menyerahkan diri kepada kerosakan dengan mengaibkan ilmu tersebut.'
'Manakala ilmu yang dianggap sebagai suatu kelebihan dan bukan kefarduhan adalah seperti mendalami perkara-perkara yang amat halus lagi rumit tentang ilmu matematik, hakikat-hakikat perubatan dan sebagainya yang tidak terlalu diperlukan. Tetapi ia memberi faedah untuk menambahkan kekuatan daripada kadar yang diperlukan.
'Ilmu yang dibenci ialah seperti ilmu sihir, ilmu hitam dan ilmu guna-guna.
Langgan:
Catatan (Atom)